Semasa proses pembelajaran, kamu semua perlu juga mengikuti dan memahirkan diri dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pengajar.Semasa ujian nanti, kamu akan melalui dua bahagian ujian praktikal iaitu:
1. Ujian praktikal bahagian 2:
- Pusingan angka 8
- Meniti di atas papan
- Menunggang di antara kon
- Brek kecemasan
- Menunggang di selekoh tajam
2. Ujian praktikal bahagian 3:
Mulakan dengan bacaan "Bismillah..." baca doa agar kita tak gugup dan tenang lancar untuk meneruskan ujian memandu ni...
Menggunakan topi keledar dengan betul
Tidak menghidupkan enjin dalam gear
Menyalakan lampu hadapan dan belakang
Melihat ke belakang, kiri dan kanan sebelum bergerak.. pastikan signal elok dan brack dalam keadaan yang memuaskan...
Baru boleh pulas minyak gerak pelahanlahan dulu....
Teknik Ujian Pusingan 8:
- Tidak melanggar benteng
- Membuat satu setengah pusingan
- Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
- Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat
Tujuannya membiasakan diri kita membuat belokan di jalanraya nanti.
Pergerakkan sentiasa bermula dari sebelah kiri
Teknik Meniti Di Atas Papan:
Kemudian kita kena meniti di atas jambatan, masa yang diberikan 7 saat aje, so hati-hati jangan terlampau laju atau terlalu pelahan.
- Roda tidak keluar dari papan
- Kaki tidak mencecah atau pijak papan
- Calon tidak jatuh dari motosikal
- Tidak kurang dari 7 saat.
Tujuan meniti ni adalah untuk memastikan kita ada keseimbangan dalam menunggang (aku pun adakalanya tak lepas hahahaha), pengiraan saat bermula dari kita naik jambatan sehingga kita turun jambatan di hujungnya (ada yang lebih 10 saat).
Kita juga boleh mengira didalam hati dengan cara kira bermula dari 1001, 1002...dan seterusnya untuk memastikan kita dapat meniti diatas jambatan tersebut melebihi 7 saat.
Teknik Menunggang Di Antara Kon:
- Tidak Melanggar kon
- Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
- Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
- Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
Tujuannya membiasakan diri mengelak di kawasan yang sempit.
Jangan gabrah kecoh-kecoh tak tentu hala... tenang dan dalam keadaan bersedia... ingat kaki mana yang akan jatuh kat tanah dulu... selalu orang gagal kat sini.. nampak senang tapi payah nak lulus..
Teknik Brek Kecemasan:
- Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
- Membrek di dalam kotak
- Tidak melebihi garisan berhenti
- Menggunakan brek kaki dan tangan
Tujuannya mengajar kita sentiasa berwaspada bila berada di jalanraya.
Disini motosikal di sarankan bergerak dalam kelajuan 35-40km/jam sebelum membrek.
Cara bagi memastikan kita brek dengan betul ialah bila kita berada di garisan mula brek, Turunkan pulasan minyak sertamerta dan jari-jemari (4 jari atas) bersedia di brek tangan (brek roda hadapan) manakala gunakan hujung sepatu (kawasan jari kaki) tekan brek roda belakang sekuat mungkin (jangan lepaskan) pastikan tayar belakang terseret sehingga hampir berhenti baru tarik brek tangan (brek roda hadapan) bagi memberhentikan motosikal tersebut secara total.
Setelah berhenti sepenuhnya baru boleh turun kaki kiri dahulu bagi menampung motosikal supaya tak tumbang.
Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:
- Tidak melanggar benteng
- Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
- Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
- Berhenti di garisan berhenti
Bahagian menunggang di selekoh tajam, keluar simpang dan menunggang di jalan lurus yang ni kena dapatkan informasi di sekolah memandu.
Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:
- Menggunakan topi keledar dengan betul
- Tidak menghidupkan enjin dalam gear
- Nyalakan lampu hadapan
- Melihat ke belakang sebelum bergerak
- Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
- Memberi isyarat dengan betul
- Enjin tidak mati melebihi tiga kali
- Penggunaan gear yang sesuai
- Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
- Memandu disebelah kiri
- Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
- Kaki tidak mencecah jalan
- Tidak melanggar benteng
- Tidak jatuh dari motosikal
- Tidak terlibat dalam kemalangan
Ingat isyarat tangan, Pelahankan kenderaan guna tangan kanan buat lambaian3 kali lambaian, Beri laluan guna tangan kiri hulur secara melintang ke sisi.
ZARIZA ENTERPRISE " PUSAT LATIHAN MEMANDU CERMAT "
Sekolah Memandu Zariza,
13 Stadium Darul Makmur,
Kuantan 25000, Pahang
0199865556 / 0199861313 / 095131858
Email: zariza.stadium@gmail.com