Zariza Enterprise " Pusat Latihan Memandu Cermat "
Zariza Driving School
kuantan, Pahang, Malaysia
Sekolah Memandu Zariza 13 Stadium Darul Makmur, Kuantan 25000, Pahang

Kami sedia membantu anda yang baru mahu membuat LESEN KENDERAAN, naik taraf LESEN, ReNew LESEN, ulangan belajar memandu KERETA dan apa-apa yang berkaitan dengan LESEN MEMANDU KENDERAAN di MALAYSIA

Kami juga menguruskan segala urusan JPJ.
Kelebihan Kami:
- Kami menerima bayaran ANSURAN.
- Kami juga menyediakan pengangkutan percuma untuk pelajar kami.
- Kami mengikut masa anda untuk belajar memandu di sekolah kami.
- Kami juga akan pastikan setiap pelajar kami akan dapat memiliki lesen memandu..
- Pemandu yang Cekap, Berhemah Dan Mematuhi Undang Undang Jalan Raya, Pastiya bermula dari Sekolah memandu Kami.


Untuk semua warga Kuantan,Kemaman dan Pekan , kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk belajar memandu dengan tenaga pengajar bertauliah kami.
Kami merupakan rakan niaga PUSAT LATIHAN MEMANDU CERMAT yang beribu pejabat di Lot 1052, Jalan Kempadang -Soi Mukim Penor 26060 , Kuantan, Pahang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Zariza Interprise di talian 0199861313 / 095131858
Untuk pendaftaran kelas belajar memandu, sila emailkan kepada zariza.stadium@gmail.com
atau SMS ke 0199861313

maklumat seperti berikut :
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Alamat Terkini
Nombor Telefon untuk dihubungi
Kelas/Lesen yang dikehendaki. Contoh : B2/D/B (full)/GDL/PSV/E (full)

Sunday, November 21, 2010

Teknik Belajar Parking


  1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
  2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
  3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
  4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.
     b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.


Tip Ujian Parking:

 Calon akan lulus  jika:

Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.
Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.

 Calon akan gagal jika:
  1. Melanggar atau menyentuh tiang penanda.
  2. Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda.
  3. Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan:
  • Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar
  • Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak
  • Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak
  • Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar.
  • Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit yang ditetapkan

Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.

Teknik Belajar Motosikal


Semasa proses pembelajaran, kamu semua perlu juga mengikuti dan memahirkan diri dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pengajar.Semasa ujian nanti, kamu akan melalui dua bahagian ujian praktikal iaitu:

1. Ujian praktikal bahagian 2:
  • Pusingan angka 8
  • Meniti di atas papan
  • Menunggang di antara kon
  • Brek kecemasan
  • Menunggang di selekoh tajam
2. Ujian praktikal bahagian 3:
  • Menunggang di jalan raya
Mulakan dengan bacaan "Bismillah..." baca doa agar kita tak gugup dan tenang lancar untuk meneruskan ujian memandu ni...
Menggunakan topi keledar dengan betul
Tidak menghidupkan enjin dalam gear
Menyalakan lampu hadapan dan belakang
Melihat ke belakang, kiri dan kanan sebelum bergerak.. pastikan signal elok dan brack dalam keadaan yang memuaskan...
Baru boleh pulas minyak gerak pelahanlahan dulu....

Teknik Ujian Pusingan 8:



  1. Tidak melanggar benteng
  2. Membuat satu setengah pusingan
  3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  4. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat 
Tujuannya membiasakan diri kita membuat belokan di jalanraya nanti.
Pergerakkan sentiasa bermula dari sebelah kiri


Teknik Meniti Di Atas Papan:




Kemudian kita kena meniti di atas jambatan, masa yang diberikan 7 saat aje, so hati-hati jangan terlampau laju atau terlalu pelahan.
  1. Roda tidak keluar dari papan
  2. Kaki tidak mencecah atau pijak papan
  3. Calon tidak jatuh dari motosikal
  4. Tidak kurang dari 7 saat.  
Tujuan meniti ni adalah untuk memastikan kita ada keseimbangan dalam menunggang (aku pun adakalanya tak lepas hahahaha), pengiraan saat bermula dari kita naik jambatan sehingga kita turun jambatan di hujungnya (ada yang lebih 10 saat).
Kita juga boleh mengira didalam hati dengan cara kira bermula dari 1001, 1002...dan seterusnya untuk memastikan kita dapat meniti diatas jambatan tersebut melebihi 7 saat.


Teknik Menunggang Di Antara Kon:



  1. Tidak Melanggar kon
  2. Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
  3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat 
Tujuannya membiasakan diri mengelak di kawasan yang sempit.
Jangan gabrah kecoh-kecoh tak tentu hala... tenang dan dalam keadaan bersedia... ingat kaki mana yang akan jatuh kat tanah dulu... selalu orang gagal kat sini.. nampak senang tapi payah nak lulus..

Teknik Brek Kecemasan:



  1. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
  2. Membrek di dalam kotak
  3. Tidak melebihi garisan berhenti
  4. Menggunakan brek kaki dan tangan 
Tujuannya mengajar kita sentiasa berwaspada bila berada di jalanraya.
Disini motosikal di sarankan bergerak dalam kelajuan 35-40km/jam sebelum membrek.
Cara bagi memastikan kita brek dengan betul ialah bila kita berada di garisan mula brek, Turunkan pulasan minyak sertamerta dan jari-jemari (4 jari atas) bersedia di brek tangan (brek roda hadapan) manakala gunakan hujung sepatu (kawasan jari kaki) tekan brek roda belakang sekuat mungkin (jangan lepaskan) pastikan tayar belakang terseret sehingga hampir berhenti baru tarik brek tangan (brek roda hadapan) bagi memberhentikan motosikal tersebut secara total.
Setelah berhenti sepenuhnya baru boleh turun kaki kiri dahulu bagi menampung motosikal supaya tak tumbang.


Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:



  1. Tidak melanggar benteng
  2. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
  3. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
  4. Berhenti di garisan berhenti 
Bahagian menunggang di selekoh tajam, keluar simpang dan menunggang di jalan lurus yang ni kena dapatkan informasi di sekolah memandu.


Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:
  1. Menggunakan topi keledar dengan betul
  2. Tidak menghidupkan enjin dalam gear
  3. Nyalakan lampu hadapan
  4. Melihat ke belakang sebelum bergerak
  5. Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
  6. Memberi isyarat dengan betul
  7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali
  8. Penggunaan gear yang sesuai
  9. Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
  10. Memandu disebelah kiri
  11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
  12. Kaki tidak mencecah jalan
  13. Tidak melanggar benteng
  14. Tidak jatuh dari motosikal
  15. Tidak terlibat dalam kemalangan
Ingat isyarat tangan, Pelahankan kenderaan guna tangan kanan buat lambaian3 kali lambaian, Beri laluan guna tangan kiri hulur secara melintang ke sisi.

ZARIZA ENTERPRISE " PUSAT LATIHAN MEMANDU CERMAT "
 Sekolah Memandu Zariza,
13 Stadium Darul Makmur,
Kuantan 25000, Pahang
0199865556 / 0199861313 / 095131858
Email: zariza.stadium@gmail.com

Teknik Belajar Mendaki Bukit

  1. Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.
  2. Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.
  3. Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1(satu).

Tip untuk ujian mendaki bukit:


Calon akan lulus  jika: 
  1. Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan  samada 100%, 75% atau 50%.
  2. Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.
  3. Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:
  1. Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%
  2. Melebihi masa yang ditetapkan.
  3. Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)
  4. Langgar garisan putih.
  5. Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)



Teknik Belajar Turun Bukit


Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).
Lokasi Pejabat Pendaftaran PMC-ZARIZA
Sedang mendaftarkan bakal pelajar
Sekolah Memandu Zariza 13 Stadium Darul Makmur
Membimbing pelajar Tanggungjawab kami

Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-
i) Lesen Memandu Pelajar (LDL)
Diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
ii) Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percumaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
iii) Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
iv) Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
v) Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.
Kelas

Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
• A - Kenderaan orang cacat
• B - Motosikal melebihi 500 cc
o B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
o B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
• C - Motosikal roda tiga
• D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
• E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
o E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
o E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
• I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

Cara-cara Mendapat Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia Pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (jenis kecil) tanpa apa jua masalah.
Menurut perjanjian Konvensyen Geneva (1949), kemudahan ini telah dipersetujui oleh negara-negara yang menandatanganinya.
Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke nagara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motosikal bagi merantau tempat-tempat di sana.
Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Jenis golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak polis trafik dan lain-lain semasa berada di sana.
Apa proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini? Anda hanya perlukan:
i) Lesen domestik original Kelas B2 atau D shah (yang hidup sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih). ii) Kepingan fotostat (dua belah) lesen tersebut di atas. iii) Kad pengenalan asal dan fotostat (dua belah). iv) 2 keping gambar passport. v) Mengisi Borang JPJ L1. vi) Bayaran RM150 setahun.
Pergi saja ke mana-mana pejabat J.P.J di seluruh negeri untuk mencapai lesen antarabangsa anda. Boleh juga anda ke pejabat A.A.M (Automobile Association Malaysia) untuk mendapatkan lesen jenis ini. Kemudian serahkan lesen domestik kepada J.P.J. Seseorang itu tidak di izin mempunyai 2 lesen pada sesuatu masa. Kalau anda tidak lagi memerlukan penggunaan lesen antarabangsa ini lagi, bolehlah anda ke pejabat J.P.J untuk dapatkan kembali lesen domestik anda. Harus diingatkan lesen antarabangsa berharga RM150 setahun di banding dengan lesen domestik yang cuma RM30 saja.

Bagaimana Memperbaharui Lesen Antarabangsa Malaysia

Syarat-syaratnya adalah:

1) Lesen itu hanya boleh diperbaharui di Malaysia sahaja.

2) Sediakan 2 keping gambar warna berukuran “passport”.

3) Bawa lesen antarabangsa Malaysia yang hampir tamat tempohnya.

4) Isi borang tertentu yang boleh di dapati di kaunter.

5) Bayaran adalah RM150 untuk setahun.