Zariza Enterprise " Pusat Latihan Memandu Cermat "
Zariza Driving School
kuantan, Pahang, Malaysia
Sekolah Memandu Zariza 13 Stadium Darul Makmur, Kuantan 25000, Pahang

Kami sedia membantu anda yang baru mahu membuat LESEN KENDERAAN, naik taraf LESEN, ReNew LESEN, ulangan belajar memandu KERETA dan apa-apa yang berkaitan dengan LESEN MEMANDU KENDERAAN di MALAYSIA

Kami juga menguruskan segala urusan JPJ.
Kelebihan Kami:
- Kami menerima bayaran ANSURAN.
- Kami juga menyediakan pengangkutan percuma untuk pelajar kami.
- Kami mengikut masa anda untuk belajar memandu di sekolah kami.
- Kami juga akan pastikan setiap pelajar kami akan dapat memiliki lesen memandu..
- Pemandu yang Cekap, Berhemah Dan Mematuhi Undang Undang Jalan Raya, Pastiya bermula dari Sekolah memandu Kami.


Untuk semua warga Kuantan,Kemaman dan Pekan , kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk belajar memandu dengan tenaga pengajar bertauliah kami.
Kami merupakan rakan niaga PUSAT LATIHAN MEMANDU CERMAT yang beribu pejabat di Lot 1052, Jalan Kempadang -Soi Mukim Penor 26060 , Kuantan, Pahang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Zariza Interprise di talian 0199861313 / 095131858
Untuk pendaftaran kelas belajar memandu, sila emailkan kepada zariza.stadium@gmail.com
atau SMS ke 0199861313

maklumat seperti berikut :
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Alamat Terkini
Nombor Telefon untuk dihubungi
Kelas/Lesen yang dikehendaki. Contoh : B2/D/B (full)/GDL/PSV/E (full)

Wednesday, December 22, 2010

CARA-CARA BELAJAR PARKING


  1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
  2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
  3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
  4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
  6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.

Ke Arah Mencapai Lesen Memandu Kereta (Kelas D)


Menghadapi ujian Jalan Raya (Route), seorang calon elok berpakaian sopan dan bertatatertib. Dibawah adalah Tips-tips yang harusnya kita laksanakan semasa ujian berlangsung.
1) Berhenti di Persimpangan
Berhenti 2 meter belakang garisan. Tarik brek tangan. Bubuh signal ke arah hendak belok. Pasti tiada kereta datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum gerak.
2) Memandu di Jalan Raya
Memandu dekat sekolah had laju 30 kmj. Di jalan raya, had laju purata 60 kmj. Pasti dapati kawal stereng dengan baik. Elok jangan “mengular” (tidak stabil). Beri jalan kepada kenderaan dan pengguna lain.
3) Memandu di garisan dua (Double Line)
Jangan potong di garisan kembar. Demikian juga di selekoh.
4) Memandu di Lampu Isyarat
Tuan-tuan hendaklah mematuhi lampu isyarat. Kalau kenderaan belum lepasi garisan kuning, and seharusnya Berhenti. Kalau kenderaan sudah lepasi garisan, maka berjalan secara berjaga-jaga saja.
5) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng elok berposisi pukul 10 dan 2. Juga pasti memegang stereng tangan jangan bersilang. Jangan guna sebelah tangan semasa memandu. Anda diizinkan memegang dengan satu tangan apabila menukar gear.
Memandu dengan selamat semasa dijalan raya. Elakkan kemalangan berlaku semasa ujian. Apabila sampai balik be institut, hentikan kenderaan dan tarik brek tangan. Tanya penguji kalau ia hendak kunci suis ditutup atau tidak. Patuhi arahannya.
Akhir kata, kalau anda beretika lembut kepada pengguna jalan raja lain dan anda memandu dengan penuh keyakinan, anda akan berjaya.
Memakai pakaian kemas sewaktu ujian, sudah pasti anda akan mencapaiKejayaan dalam ujian jalan raya. Sekian, terima kasih.

Tuesday, December 21, 2010

Pemakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang


Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan melalui Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) (Pindaan 2008).

Kaedah ini mula berkuatkuasa ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan-kenderaan seperti berikut :
  1. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
  2. Kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan  penambat binaan dalam (rear anchorage points);
  3. Kenderaan  yang mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
  4. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.
Bagi kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai penambat binaan dalam (rear anchorage points), tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun untuk memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang. Tempoh 3 tahun ini bermula  dari 1 Januari 2009 hingga 3i Disember 2011.

Bagi membantu pemilik kenderaan, pihak JKJR dan pengeluar kenderaan iaitu  Proton, Perodua dan Honda telah menandatangani MoU di mana pengeluar kenderaan-kenderaan tersebut telah bersetuju memasang tali pinggang keledar belakang secara percuma (bagi kenderaan yang dikeluarkan mulai 1hb Januari 1995). Adalah dianggarkan sebayak 227,000 buah kenderaan Proton, 435,000 buah kenderaan Perodua dan 35,000 buah kendraan Honda akan dipasang secara retrofit oleh pengeluar masing-masing. Pemilik kenderaan adalah dinasihatkan supaya mengambil tindakan awal untuk melengkapkan kenderaan masing-masing dengan tali pinggang keledar tempat duduk belakang demi melindungi keselamatan diri dan penumpang.

Intervansi atau inisiatif melalui penguatkuasaan tali pinggang keledar belakang ini dibuat bertujuan untuk mengurangkan kecederaan dan kematian apabila berlaku kemalangan jalan raya. Mengikut kajian oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research), pada tahun 2007, terdapat 350 kes kematian, 700 kes cedera parah dan 2,100 kes cedera ringan yang melibatkan penumpang di tempat duduk belakang kenderaan persendirian. Dari jumlah ini sebanyak 40% – 50% kes kematian, cedera parah dan cedera ringan yang melibatkan penumpang belakang boleh dikurangkan sekiranya pemandu atau penumpang memakai tali pinggang keledar.

Mana-mana pemandu atau penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar (hadapan atau belakang) akan disaman. Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun, bagi tempoh enam (6) bulan pertama iaitu mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2009, JPJ atau PDRM akan menawarkan kompaun RM300 kepada pesalah.

ADAKAH SEMUA KENDERAAN DIWAJIBKAN MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG ?

Mulai 1 Januari 2009 semua kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 wajib memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

APAKAH KENDERAAN YANG DIKECUALIKAN DARIPADA DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?

Kenderaan-kenderaan yang dikecualikan dari dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang adalah seperti berikut:-
    1. Kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995;
    2. Kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points);
    3. Kenderaan yang mempunyai lebih daripada lapan tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu; dan
    4. Kenderaan barangan yang mempunyai had muatan barangan (BDM) melebihi 3.5 tan.

    ADAKAH DIKENAKAN TINDAKAN  SAMAN JIKA KENDERAAN YANG DIDAFTAR SELEPAS 1 JANUARI 1995 TETAPI TIDAK DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?

    Tidak. Kenderaan tersebut  diberi tempoh sehingga 31 Disember 2011 untuk dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang.

    BERAPAKAH JUMLAH TALI PINGGANG KELEDAR YANG SEPATUTNYA DIPASANG PADA SESEBUAH KENDERAAN?

    Setiap tempat duduk di dalam sesebuah kenderaan yang kapasitinya tidak melebihi 8 tempat duduk tidak termasuk pemandu hendaklah dipasang tali pinggang keledar.

    ADAKAH KENDERAAN BARANGAN DIKECUALIKAN DARI MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR?

    Kenderaan barangan yang mempunyai berat muatan maksimum melebihi 3500 Kg adalah dikecualikan daripada memasang tali pinggang keledar belakang.



    ADAKAH KENDERAAN JENIS VAN, MPV, SUV DAN MUV PERLU DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?

    Ya. Sekiranya kenderaan tersebut didaftar pada atau selepas 1 Januari 1995 dan jumlah tempat duduknya kurang dari 8 orang termasuk tempat duduk pemandu.

    BOLEHKAH TEMPAT DUDUK BELAKANG SESEBUAH KENDERAAN DIPASANG DENGAN TALI PINGGANG KELEDAR JENIS IKATAN PINGGANG SAHAJA?

    Boleh. Sekiranya binaan kenderaan tersebut tidak membolehkan ia dipasang dengan tiga penambat bina dalam.

    KENDERAAN YANG DIDAFTARKAN PADA DAN SELEPAS 1 JANUARI 1995 TETAPI TIDAK MEMPUNYAI TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG. APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN?

    Kenderaan-kenderaan tersebut dipasang tali pinggang keledar di agen-agen kenderaan berkenaan. Disamping itu, Kementerian Pengangkutan telah mendapat kerjasama pembuat kenderaan Proton, Perodua dan Honda untuk membekal dan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang secara percuma.

    KENDERAAN YANG TIDAK DIPASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG SELEPAS TEMPOH 31 DISEMBER 2011 PEMASANGAN BERAKHIR, ADAKAH PEMILIKNYA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN?

    Pemilik kenderaan berkenaan akan dikenakan tindakan saman.

    SIAPAKAH YANG AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN SEKIRANYA TERDAPAT PENUMPANG YANG  TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Tindakan saman akan dikenakan kepada penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar.

    BERAPAKAH UMUR PENUMPANG YANG AKAN DIAMBIL TINDAKAN SAMAN SEKIRANYA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG?

    Tindakan saman hanya akan dikenakan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.

    SIAPAKAH YANG DIKECUALIKAN DARIPADA MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Pengecualian daripada memakai tali pinggang keledar diberikan kepada:
    1. Orang yang diperakui oleh dua orang pengamal perubatan berdaftar - tidak boleh memakai tali pinggang keledar atas sebab kesihatan; dan
    2. Mana-mana orang yang dikecualikan oleh Menteri dari masa ke semasa.

    ADAKAH PEREMPUAN MENGANDUNG DIKECUALIKAN MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Ya. Perempuan yang sarat mengandung dikecualikan memakai tali pinggang keledar.

    SIAPAKAH YANG AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SEKIRANYA PENUMPANG MELEBIHI DARIPADA JUMLAH TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG YANG DIPASANG DALAM SESEBUAH KENDERAAN DAN KESEMUANYA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Jumlah penumpang yang dikenakan tindakan adalah mengikut bilangan tali pinggang keledar yang dipasang dalam kenderaan tersebut. Manakala saman akan dikeluarkan kepada penumpang yang berada di tempat duduk yang dipasang tali pinggang keledar sahaja.

    BOLEHKAH SATU TALI PINGGANG KELEDAR DIPAKAI OLEH LEBIH DARIPADA SEORANG PENUMPANG?

    Tidak boleh kerana setiap tali pinggang keledar hanya untuk seorang sahaja.

    SAYA BEKERJA SEBAGAI SEORANG PEMANDU. SEKIRANYA MAJIKAN SAYA YANG DUDUK DI TEMPAT DUDUK BELAKANG TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR, SIAPAKAH YANG AKAN DI SAMAN?

    Majikan tuan yang akan disaman.

    SEBAGAI PEMANDU ADAKAH SAYA AKAN DISAMAN SEKIRANYA PENUMPANG DI TEMPAT DUDUK BELAKANG YANG BERUMUR DI BAWAH 17 TAHUN TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Tidak. Saman hanya dikeluarkan kepada penumpang yang berumur 17 tahun dan ke atas sahaja.

    JIKA KENDERAAN MASIH TIDAK MEMPUNYAI TALI PINGGANG KELEDAR, SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMASANG?

    Tanggungjawab untuk memasang tali pinggang keledar pada kenderaan adalah terletak atas tuan punya kenderaan.

    ADAKAH KENDERAAN DARI LUAR NEGARA TERTAKLUK DI BAWAH PERATURAN INI?

    Ya. Kenderaan dari negara luar adalah tertakluk kepada peraturan ini.

    ADAKAH BAYI WAJIB MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Tidak. Bayi tidak diwajibkan memakai tali pinggang keledar sekiranya diriba.

    KENDERAAN SAYA DIDAFTARKAN SEBELUM 1 JANUARI 1995 TETAPI MEMPUNYAI TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG, ADAKAH PENUMPANG SAYA WAJIB MEMAKAINYA?

    Tidak wajib. Walau bagaimanapun penumpang digalakkan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.

    APAKAH JENIS TALI PINGGANG KELEDAR YANG DILULUSKAN UNTUK DIPASANG DI BAWAH PERATURAN INI?

    Jenis tali pinggang keledar yang diluluskan untuk dipasang adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 1 kepada Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 dan (Pindaan) 2008.

    DIMANAKAH SAYA BOLEH MEMBAYAR KOMPAUN KERANA DISAMAN TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Kompaun boleh dibayar di mana-mana pejabat JPJ atau Balai Polis (bergantung kepada pihak yang mengeluarkan saman tersebut).

    SAYA MEMPUNYAI KERETA HONDA YANG DIDAFTARKAN PADA 5 FEBRUARI 1995. BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT PERKHIDMATAN PEMASANGAN DARI SYARIKAT HONDA?

    Tuan dikehendaki menghubungi agen-agen Honda untuk mendapatkan tarikh temujanji bagi pemasangan tali pinggang keledar.


    KENDERAAN SAYA DIBUAT PADA TAHUN 1994 TETAPI DIDAFTARKAN PADA TAHUN 1995, ADAKAH SAYA WAJIB MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG?

    Ya. Peraturan adalah berkuatkuasa kepada kenderaan yang didaftarkan pada atau selepas 1 Januari 1995. 

    SAYA TELAH DISAMAN PADA TAHUN 2008 KERANA TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR HADAPAN TETAPI SAYA INGIN MEMBAYAR SAMAN TERSEBUT PADA TAHUN 2009. BERAPAKAH JUMLAH KOMPAUN YANG KENA DIBAYAR?

    Jumlah kompaun yang kena dibayar ialah RM 300.00.

    NENEK SAYA TIDAK MAHU MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU. BOLEHKAH BELIAU DIKECUALIKAN DARIPADA MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Tidak boleh.

    ADAKAH KESALAHAN TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR TERMASUK DALAM JADUAL KESALAHAN MATA DEMERIT (KEJARA)?

    Tidak.

    ADAKAH ORANG KURANG UPAYA (OKU) WAJIB MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Ya.

    ADAKAH PEMAKAIAN TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG BOLEH MENGELAKKAN  KEMALANGAN JALAN RAYA?

    Pemakaian tali pinggang keledar belakang bukan bertujuan untuk mengelakkan kemalangan jalan raya tetapi dapat mengurangkan risiko kematian dan kecederaan parah semasa berlaku kemalangan.

    ADAKAH PERATURAN PEMAKAIAN TALI PINGGANG KELEDAR DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 SETARAF DENGAN PERATURAN NEGARA-NEGARA MAJU?

    Ya. Peraturan ini telah dilaksanakan di negara-negara maju seperti U.S.A, Denmark, Britain dll.

    KENAPA PENUMPANG TEMPAT DUDUK BELAKANG PERLU MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh mengundang risiko dan bahaya. Berdasarkan kajian MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research), pada kelajuan 50 km sejam penumpang belakang seberat 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.

    BERAPAKAH KES KEMALANGAN ATAU KEMATIAN YANG MELIBATKAN PENUMPANG TEMPAT DUDUK BELAKANG?

    Berdasarkan kajian yang dibuat oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research), pada tahun 2007, terdapat 350 kes kematian, 700 kes cedera parah dan 2,100 kes cedera ringan yang melibatkan penumpang di tempat duduk belakang kenderaan persendirian. Daripada jumlah ini, 40% - 50% kes kematian, cedera parah dan cedera ringan yang melibatkan penumpang belakang boleh dikurangkan sekiranya penumpang memakai tali pinggang keledar.

    ADAKAH TEKSI/KERETA SEWA DIKECUALIKAN DARIPADA MEMASANG TALI PINGGANG KELEDAR TEMPAT DUDUK BELAKANG?

    Semua kenderaan yang didaftarkan pada dan selepas 1 Januari 1995 diwajibkan memasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang termasuk teksi dan kereta sewa.

    KENDERAAN SAYA TELAH DIDAFTARKAN SELEPAS 1 JANUARI 1995 TETAPI TIDAK DILENGKAPI DENGAN PENAMBAT BINAAN DALAM (REAR ANCHORAGE POINTS), ADAKAH SAYA AKAN DISAMAN DISEBABKAN PENUMPANG BELAKANG TIDAK MEMAKAI TALI PINGGANG KELEDAR?

    Tidak. Tuan tidak dikenakan saman kerana kenderaan tuan tidak dilengkapi dengan penambat binaan dalam (rear anchorage points) walaupun telah didaftarkan selepas 1 Januari 1995.

    Sunday, November 21, 2010

    Teknik Belajar Parking


    1. Luruskan kereta, undur dan dapatkan tiang nombor 1 di sisi cermin segitiga dan berhenti.
    2. Pusing kiri sampai habis, undur dan dapatkan tiang nombor 6 melalui cermin tingkap sisi lalu berhenti.
    3. Pusing kanan 2 kali (luruskan tayar). Undur kereta sehingga tayar belakang mencecah garisan putih dan berhenti.
    4. Pusing kanan sampai habis, undur ke dalam petak parking dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
    5. a) Pusing kiri sampai habis guna gear 1 maju kehadapan sehingga badan kereta sama lurus dengan   garisan dan berhenti (free gear dan tarik handbreak). Angkat tangan.
       b) Kemudian, masuk gear reverse berundur ke belakang dan berhenti (free gear dan tarik handbreak)
    6. Pusing kanan sampai habis dan keluar berhati-hati menuju ke petak pusingan tiga penjuru.


    Tip Ujian Parking:

     Calon akan lulus  jika:

    Berjaya melakukan ujian parking dan keluar dalam masa 5 minit.
    Keempat-empat roda dan seluruh badan kenderaan berada dalam kotak.

     Calon akan gagal jika:
    1. Melanggar atau menyentuh tiang penanda.
    2. Melanggar atau menyentuh tapak tiang penanda.
    3. Tidak dapat melakukan ujian dalam masa yang ditetapkan:
    • Badan kereta menyentuhi atau melebihi garisan kuning samada semasa masuk atau keluar
    • Keseluruhan kereta tidak masuk dalam petak
    • Sebahagian kereta tidak masuk dalam petak
    • Badan kereta samada depan atau belakang menjulur keluar.
    • Kereta masih berada dalam petak samada sebahagian atau keseluruhannya apabila tamat tempoh 5 minit yang ditetapkan

    Melakukan ujian parking melebihi masa yang ditetapkan iaitu 5 minit.

    Teknik Belajar Motosikal


    Semasa proses pembelajaran, kamu semua perlu juga mengikuti dan memahirkan diri dengan langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pengajar.Semasa ujian nanti, kamu akan melalui dua bahagian ujian praktikal iaitu:

    1. Ujian praktikal bahagian 2:
    • Pusingan angka 8
    • Meniti di atas papan
    • Menunggang di antara kon
    • Brek kecemasan
    • Menunggang di selekoh tajam
    2. Ujian praktikal bahagian 3:
    • Menunggang di jalan raya
    Mulakan dengan bacaan "Bismillah..." baca doa agar kita tak gugup dan tenang lancar untuk meneruskan ujian memandu ni...
    Menggunakan topi keledar dengan betul
    Tidak menghidupkan enjin dalam gear
    Menyalakan lampu hadapan dan belakang
    Melihat ke belakang, kiri dan kanan sebelum bergerak.. pastikan signal elok dan brack dalam keadaan yang memuaskan...
    Baru boleh pulas minyak gerak pelahanlahan dulu....

    Teknik Ujian Pusingan 8:



    1. Tidak melanggar benteng
    2. Membuat satu setengah pusingan
    3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    4. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda tidak terangkat 
    Tujuannya membiasakan diri kita membuat belokan di jalanraya nanti.
    Pergerakkan sentiasa bermula dari sebelah kiri


    Teknik Meniti Di Atas Papan:




    Kemudian kita kena meniti di atas jambatan, masa yang diberikan 7 saat aje, so hati-hati jangan terlampau laju atau terlalu pelahan.
    1. Roda tidak keluar dari papan
    2. Kaki tidak mencecah atau pijak papan
    3. Calon tidak jatuh dari motosikal
    4. Tidak kurang dari 7 saat.  
    Tujuan meniti ni adalah untuk memastikan kita ada keseimbangan dalam menunggang (aku pun adakalanya tak lepas hahahaha), pengiraan saat bermula dari kita naik jambatan sehingga kita turun jambatan di hujungnya (ada yang lebih 10 saat).
    Kita juga boleh mengira didalam hati dengan cara kira bermula dari 1001, 1002...dan seterusnya untuk memastikan kita dapat meniti diatas jambatan tersebut melebihi 7 saat.


    Teknik Menunggang Di Antara Kon:



    1. Tidak Melanggar kon
    2. Tidak Menyentuh atau melanggar benteng
    3. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    4. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat 
    Tujuannya membiasakan diri mengelak di kawasan yang sempit.
    Jangan gabrah kecoh-kecoh tak tentu hala... tenang dan dalam keadaan bersedia... ingat kaki mana yang akan jatuh kat tanah dulu... selalu orang gagal kat sini.. nampak senang tapi payah nak lulus..

    Teknik Brek Kecemasan:



    1. Calon tidak jatuh dari motosikal dan roda luar tidak terangkat
    2. Membrek di dalam kotak
    3. Tidak melebihi garisan berhenti
    4. Menggunakan brek kaki dan tangan 
    Tujuannya mengajar kita sentiasa berwaspada bila berada di jalanraya.
    Disini motosikal di sarankan bergerak dalam kelajuan 35-40km/jam sebelum membrek.
    Cara bagi memastikan kita brek dengan betul ialah bila kita berada di garisan mula brek, Turunkan pulasan minyak sertamerta dan jari-jemari (4 jari atas) bersedia di brek tangan (brek roda hadapan) manakala gunakan hujung sepatu (kawasan jari kaki) tekan brek roda belakang sekuat mungkin (jangan lepaskan) pastikan tayar belakang terseret sehingga hampir berhenti baru tarik brek tangan (brek roda hadapan) bagi memberhentikan motosikal tersebut secara total.
    Setelah berhenti sepenuhnya baru boleh turun kaki kiri dahulu bagi menampung motosikal supaya tak tumbang.


    Teknik Menunggang Di Selekoh Tajam:



    1. Tidak melanggar benteng
    2. Kaki tidak mencecah atau pijak jalan
    3. Calon tidak jatuh dari motosikal atau roda luar tidak terangkat
    4. Berhenti di garisan berhenti 
    Bahagian menunggang di selekoh tajam, keluar simpang dan menunggang di jalan lurus yang ni kena dapatkan informasi di sekolah memandu.


    Teknik Ujian Amali (Jalan Raya) Bahagian 3:
    1. Menggunakan topi keledar dengan betul
    2. Tidak menghidupkan enjin dalam gear
    3. Nyalakan lampu hadapan
    4. Melihat ke belakang sebelum bergerak
    5. Beri keutamaan kepada kenderaan di jalan besar
    6. Memberi isyarat dengan betul
    7. Enjin tidak mati melebihi tiga kali
    8. Penggunaan gear yang sesuai
    9. Dapat mengimbang badan atau tidak terkeluar dari laluan tak rata (kelas B sahaja)
    10. Memandu disebelah kiri
    11. Berhenti mengikut peraturan pemanduan berhemat
    12. Kaki tidak mencecah jalan
    13. Tidak melanggar benteng
    14. Tidak jatuh dari motosikal
    15. Tidak terlibat dalam kemalangan
    Ingat isyarat tangan, Pelahankan kenderaan guna tangan kanan buat lambaian3 kali lambaian, Beri laluan guna tangan kiri hulur secara melintang ke sisi.

    ZARIZA ENTERPRISE " PUSAT LATIHAN MEMANDU CERMAT "
     Sekolah Memandu Zariza,
    13 Stadium Darul Makmur,
    Kuantan 25000, Pahang
    0199865556 / 0199861313 / 095131858
    Email: zariza.stadium@gmail.com
    Lokasi Pejabat Pendaftaran PMC-ZARIZA
    Sedang mendaftarkan bakal pelajar
    Sekolah Memandu Zariza 13 Stadium Darul Makmur
    Membimbing pelajar Tanggungjawab kami

    Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-
    i) Lesen Memandu Pelajar (LDL)
    Diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
    ii) Lesen Memandu Percubaan (PDL)
    Diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percumaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
    iii) Lesen Memandu Kompeten (CDL)
    Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
    iv) Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
    Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
    v) Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
    Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.
    Kelas

    Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
    • A - Kenderaan orang cacat
    • B - Motosikal melebihi 500 cc
    o B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
    o B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
    • C - Motosikal roda tiga
    • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
    • E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
    o E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
    o E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
    • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
    • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
    • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
    • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

    Cara-cara Mendapat Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia Pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (jenis kecil) tanpa apa jua masalah.
    Menurut perjanjian Konvensyen Geneva (1949), kemudahan ini telah dipersetujui oleh negara-negara yang menandatanganinya.
    Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke nagara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motosikal bagi merantau tempat-tempat di sana.
    Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Jenis golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak polis trafik dan lain-lain semasa berada di sana.
    Apa proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini? Anda hanya perlukan:
    i) Lesen domestik original Kelas B2 atau D shah (yang hidup sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih). ii) Kepingan fotostat (dua belah) lesen tersebut di atas. iii) Kad pengenalan asal dan fotostat (dua belah). iv) 2 keping gambar passport. v) Mengisi Borang JPJ L1. vi) Bayaran RM150 setahun.
    Pergi saja ke mana-mana pejabat J.P.J di seluruh negeri untuk mencapai lesen antarabangsa anda. Boleh juga anda ke pejabat A.A.M (Automobile Association Malaysia) untuk mendapatkan lesen jenis ini. Kemudian serahkan lesen domestik kepada J.P.J. Seseorang itu tidak di izin mempunyai 2 lesen pada sesuatu masa. Kalau anda tidak lagi memerlukan penggunaan lesen antarabangsa ini lagi, bolehlah anda ke pejabat J.P.J untuk dapatkan kembali lesen domestik anda. Harus diingatkan lesen antarabangsa berharga RM150 setahun di banding dengan lesen domestik yang cuma RM30 saja.

    Bagaimana Memperbaharui Lesen Antarabangsa Malaysia

    Syarat-syaratnya adalah:

    1) Lesen itu hanya boleh diperbaharui di Malaysia sahaja.

    2) Sediakan 2 keping gambar warna berukuran “passport”.

    3) Bawa lesen antarabangsa Malaysia yang hampir tamat tempohnya.

    4) Isi borang tertentu yang boleh di dapati di kaunter.

    5) Bayaran adalah RM150 untuk setahun.