Zariza Enterprise " Pusat Latihan Memandu Cermat "
Zariza Driving School
kuantan, Pahang, Malaysia
Sekolah Memandu Zariza 13 Stadium Darul Makmur, Kuantan 25000, Pahang

Kami sedia membantu anda yang baru mahu membuat LESEN KENDERAAN, naik taraf LESEN, ReNew LESEN, ulangan belajar memandu KERETA dan apa-apa yang berkaitan dengan LESEN MEMANDU KENDERAAN di MALAYSIA

Kami juga menguruskan segala urusan JPJ.
Kelebihan Kami:
- Kami menerima bayaran ANSURAN.
- Kami juga menyediakan pengangkutan percuma untuk pelajar kami.
- Kami mengikut masa anda untuk belajar memandu di sekolah kami.
- Kami juga akan pastikan setiap pelajar kami akan dapat memiliki lesen memandu..
- Pemandu yang Cekap, Berhemah Dan Mematuhi Undang Undang Jalan Raya, Pastiya bermula dari Sekolah memandu Kami.

Untuk semua warga Kuantan,Kemaman dan Pekan , kami mengalu-alukan kehadiran anda untuk belajar memandu dengan tenaga pengajar bertauliah kami.
Kami merupakan rakan niaga PUSAT LATIHAN MEMANDU CERMAT yang beribu pejabat di Lot 1052, Jalan Kempadang -Soi Mukim Penor 26060 , Kuantan, Pahang.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Zariza Interprise di talian 0199861313 / 095131858
Untuk pendaftaran kelas belajar memandu, sila emailkan kepada zariza.stadium@gmail.com
atau SMS ke 0199861313

maklumat seperti berikut :
Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Alamat Terkini
Nombor Telefon untuk dihubungi
Kelas/Lesen yang dikehendaki. Contoh : B2/D/B (full)/GDL/PSV/E (full)

Monday, August 30, 2010

Lokasi Maut di Besut

Kepada yang nanti balik beraya dan melalui daerah Besut, sila berhati-hati kerana polis telah menyenaraikan 6 lokasi maut yang sering berlaku kemalangan di daerah itu.

- Kilometer 88-102 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu antara Kampung Anak Ikan ke Mak Sara Jerteh
- Kilometer 103-133 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu antara Kampung Seberang Jerteh hingga Kampung Bukit Yong
- Kilometer 1-15 Jalan antara Jerteh ke Kuala Besut
- Kilometer 1-19 Jalan Jerteh ke Bukit Puteri
- Kilometer 1-30 Jalan Jerteh ke Keruak, di Hulu Besut
- Kilometer 1-19 antara Jalan Kampung Raja ke Kampung Beting Lintang

Selain selekoh, kawasan-kawasan ini berbahaya kerana terdapat banyak kampung dan ternakan melintas.
Macam mana nak ops sikap.. semakin ramai pemandu biadap sikap kat atas jalan terutama kat h`way.. tiap tiap tahun aku balik raya ade scenario ni...

1.) Bila ade keta tengah memotong speed stadet 110km 
a.) pemandu yang kat belakang bagi beam.
b.) cucuk rapat tak ingat (macam race daytona)
c.) bagi signal kanan (ingat autoban ke)

2.) Bila jem/trafic banyak
a.) ade laks gi potong Q line emergency.
b.) depan jem dia dok bagi beam gaks nak potong gaks..
c.) dok main pangkah kenderaan lain (orang lain kena break pasai dia)
d.) bila nampak polis trafik main masuk aje lane sebelah (takut laks dia kena saman yee)

Kalau nak speed sampai 240km pon sepatutnye kita kena hormat penggguna yang mematuhi peaturan. Pasai kita nak laju bila orang bawak speed 110km kat line kanan kita buat biadap nya dia.. kekadang tu pemandu tu jadi panik dia kelam kabut nak masuk line kiri balik yang boleh mangakibat kan kemalangan (potong tak lepas). Sekarang ni bukan aje keta cc besor aje buat macam tu.. keta keta kecik pon dah banyak buat

Ops Sikap: 20 terkorban hari raya pertama

KUALA LUMPUR 2 Okt 2009. - Angka kematian akibat nahas jalan raya sepanjang lapan hari perayaan Aidilfitri tahun ini terus meningkat apabila 20 orang lagi terkorban pada Hari Raya pertama semalam.
Ini menjadikan jumlah mereka yang maut 125 orang sejak Ops Sikap ke 17 dilancarkan pada 24 September lalu dan angka itu memperlihatkan penurunan sebanyak 12 kes atau 8.8 peratus kematian berbanding sambutan Aidilfitri pertama tahun lalu.
Dalam Ops Sikap yang dilancarkan pada musim Hari Raya Aidilfitri tahun lalu seramai 137 orang mati bagi tempoh tersebut.
Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman Supritendan Rasdi Ramli berkata, daripada jumlah itu, sebanyak lapan orang ialah penunggang dan pembonceng motosikal, bas (6) manakala masing-masing tiga bagi kereta serta pejalan kaki.
Beliau memberitahu, sebanyak 881 kemalangan jalan raya dilaporkan berlaku di seluruh negara semalam.
“Sebanyak 295 kes berlaku di jalan bandaran, jalan Persekutuan (246), jalan negeri (171), lebuh raya (105) dan jalan-jalan lain (64),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rasdi berkata, 13 kes kemalangan maut dilaporkan dengan majoriti kematian melibatkan penunggang motosikal.
Tambahnya, masing-masing tiga kes kemalangan maut berlaku di jalan Persekutuan, jalan negeri dan lebuh raya manakala dua kes di jalan bandaran dan lain-lain jalan.
Menurutnya, 3,511 saman meliputi pelbagai jenis kesalahan dikeluarkan kepada pesalah trafik semalam.
Ops Sikap ke-17 akan diteruskan sehingga 8 Okt depan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.

Saturday, August 14, 2010

(Gambar) Kejadian Ribut di Bazaar Ramadhan Jasin

JASIN, 13 Ogos (Bernama) -- Dua orang peniaga bazar Ramadan terbunuh menakala 17 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut di perkarangan Stadium Jasin di sini petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hitam berkata peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, dari Kampung Gong Merang, Terengganu dan Abdul bin Omar, 73, dari Air Merbau di sini.

"Kedua-dua mangsa cedera parah di kepala terkena khemah sepanjang 20 kaki dan 20 kaki lebar yang diterbang ribut," katanya kepada Bernama.

Mahadi merupakan peniaga martabak manakala Abdul peniaga cendol.

Sebanyak 30 buah khemah didirikan di bazar tersebut.

Che Suza berkata tiga mangsa mengalami cedera parah dan masing-masing di rawat dirawat di Hospital Melaka, Hospital Jasin dan Hospital Pakar Putra dekat sini.

"Manakala 14 lagi cedera ringan dan dirawat di Hospital Jasin sebagai pesakit luar," katanya.

Seorang peniaga yang terselamat, Farim Rosli, 32, berkata ribut yang kuat menerbangkan hampir kesemua khemah di situ.

"Tiba-tiba ribut datang, terbangkan khemah tempat saya berniaga. Nasib baik saya dapat mengelak daripada terkena tiang besi kaki khemah yang diangkat ribut, kalau tidak, tak tahulah macam mana nasib saya," katanya.

Beliau berkata orang ramai dan peniaga bertempiaran lari menyelamatkan diri. "Sepanjang tujuh tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kami (peniaga) dilanda ribut yang cukup dahsyat, walaupun dalam tempoh yang tidak lama," katanya.

Seorang pengunjung, Fatimah Hassan, 32, berkata ketika kejadian beliau sedang membeli juadah dan keadaan ketika itu begitu kelam kabut dengan masing-masing cuba lari menyelamatkan diri.

"Saya bersyukur kerana tidak cedera walaupun nyaris-nyaris terkena tiang besi kaki khemah," katanya.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Anggota Parlimen Jasin Datuk Wira Ahmad Hamzah, Anggota Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dan Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Hassan Rahman melawat mangsa kejadian.

-- BERNAMA

Monday, August 9, 2010

Jom relax dlu.....

Xsikap

Adakah Anda Pemandu Yang Baik

Ride for your life

Cari Perbezaan

Papan Hitam

Ujian Minda

Letak Kereta

Good Luck

F2

Teka-Teki

Apakah Maksud tanda-tanda ini?

Bijak Kata - Jalan Raya

Secepat manakah anda

Penunggang Motosikal

Kancingkan Topi Keledar

Tahukah anda topi keledar diperbuat daripada adunan fiber, kaca istimewa serta karbon pada bahagian luarannya, dan polistirena khas dengan pengalas anti-kebakaran pada sebelah dalamannya untuk mengurangkan hentaman pelanggaran dan mengelakkan kelecuran?
Tahukah anda setiap topi keledar yang bermutu telah melalui ujian terperinci sebelum dijual kepada anda?
Topi keledar boleh menjamin keselamatan anda - kalau anda memasang kancingnya. Sebab kalau anda tidak mengikatnya, topi keledar yang terbaik pun tidak dapat menyelamatkan anda.
Jadi, bila-bila saja anda menaiki motosikal, walaupun cuma ke kedai di hujung jalan untuk membeli ais krim - pastikan topi keledar anda dipasang dengan cermat betul.

Penunggang Motosikal

Hendak mencelah atau sayangkan nyawa

Perbuatan bertukar-tukar lorong dan memotong keluar masuk trafik disifatkan sebagai mencelah-celah.
Membawa motosikal secara mencelah-celah amat merbahaya, Malah pemandu motosikal profesional tidak mengesyorkan perangai sebegini di jalan raya.
Keadaan di jalan raya yang tidak menentu, serta tindakan pengguna jalan raya yang lain tidak boleh diramal memang menambah lagi bahaya perbuatan mencelah-celah ini.
Ingat: motosikal anda hanya diimbangkan atas sepasang roda, dan maka itu amat mudah tumbang. Sebiji batu, lopak bertakung, malah keadaan jalan yang berminyak pun boleh menyebabkan anda hilang kawalan.
Perbuatan mencelah-celah tidak akan membawa anda ke tempat yang dituju dengan lebih cepat. Malahan ia membahayakan orang lain. Bersabarlah. Jangan asyik bertukar-tukar lorong.

Penunggang Motosikal

Lumba Haram

Bil1.
KesalahanMenaja/menyertai lumba haram.
Seksyen/ Kaedah KesalahanSeksyen 81
Seksyen/ Kaedah HukumanSeksyen 81(2)
Seksyen 81(3)
Kadar KompaunMahkamah
Kadar MahkamahDenda RM 2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara dan lesen digantung satu bulan.Sabitan kedua denda RM 5000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan lesen digantung selama 3 tahun.

Penunggang Motosikal

Tidak berhenti ketika lampu merah?

Merah maksudnya berhenti; kepada ramai penunggang motosikal ia amat melecehkan, kononnya membazir masa. Mereka ini tidak sedar bahawa lampu merah itu sebenarnya pelindung mereka.
Ramai penunggang motosikal mati katak kerana enggan berhenti ketika lampu bertukar merah. Jangan menyumbang nyawa anda kepada statistik ini.
Walaupun tiada kenderaan lain di jalan raya, selalu ingat bahawa perbuatan tidak berhenti di lampu merah adalah suatu kesalahan di sisi undang-undang.
Jadi, perlahankan motosikal ketika lampu kuning dan berhenti ketika ia merah. Bersabar seminit dua, dan lanjutkan hidup anda.

Thursday, August 5, 2010

GARIS PANDUAN PENGGUNA JALAN RAYA DALAM SITUASI JEREBU

1. Pasangkan lampu

Pasangkan lampu kecil apabila jarak penglihatan turun daripada paras biasa.

Pasangkan lampu utama apabila jarak penglihatan turun secara mendadak. Jangan gunakan lampu tinggi kerana jerebu membalikkan cahaya dan akan memburukkan keadaan.

2. Kurangkan kelajuan

Perlahankan kenderaan supaya sempat berhenti apabila berlaku kecemasan.

3. Jaga jarak antara kenderaan

Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.

4. Jangan berhenti di tepi jalan

Berhenti di tempat yang disediakan seperti di perhentian atau kawasan rehat dan rawat. Pasangkan lampu kecil untuk keselamatan.

5. Berhati-hati apabila mengambil simpang atau memotong kenderaan

Pasang lampu isyarat dan pastikan ianya selamat sebelum masuk ke simpang atau memotong kenderaan.

6. Kenderaan rosak

Berhenti di tempat yang tidak menghalang lalulintas. Hubungi pihak lebuh raya atau polis supaya ianya dapat ditarik ke kawasan yang selamat dengan segera.

7. Warga emas

Warga emas dinasihatkan tidak memandu dalam keadaan jerebu.

8. Pengumuman trafik di radio dan paparan iklan elektronik

Pemandu dinasihatkan agar mendengar pengumuman trafik di radio dan juga mesej di paparan iklan elektronik untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan trafik di kawasan yang dilalui.

9. Peringatan khas untuk pengguna motosikal

Selain daripada panduan di atas, pengguna motosikal dinasihatkan supaya memakai pakaian yang bewarna cerah dan topi keledar yang mempunyai pelekat bersinar bagi meningkatkan kebolehlihatan serta memakai penutup muka.

10. Peringatan kepada pengguna motokar

Jangan pasang lampu kecemasan (hazard light) semasa memandu kerana ianya mengelirukan pemandu lain. Lampu kecemasan hanya digunakan apabila kenderaan BERHENTI di tepi jalan semasa berlaku kecemasan.

8 PANDUAN UNTUK MENJADI PEMANDU BERHEMAH

1. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda berasa letih, mengantuk, di bawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda. Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan.
2. Pastikan kenderaan dalam keadaan baik. 
3. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu.
4. Sentiasa ikut had laju yang ditentukan. Jangan memandu melebihi had laju.
5. Pemandu harus mengekalkan jarak yang selamat antara kenderaan di hadapan supaya mempunyai ruang yang mencukupi untuk berhenti sekiranya ada situasi merbahaya di hadapan.
6. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.
7. Peka jika kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelak lopak air atau lubang besar di jalan raya. 
8. Sentiasa mematuhi lampu isyarat. Jangan melanggar lampu isyarat.
9. Berhati-hati ketika memandu terutama ketika hujan lebat. Tayar mungkin hilang daya cengkaman pada permukaan yang basah. 
10. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

HUKUMAN PELUMBA HARAM

Bil1.
KesalahanMenaja/menyertai lumba haram.
Seksyen/ Kaedah KesalahanSeksyen 81
Seksyen/ Kaedah HukumanSeksyen 81(2)
Seksyen 81(3)
Kadar KompaunMahkamah
Kadar MahkamahDenda RM 2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya. Denda RM 2000 atau 6 bulan penjara dan lesen digantung satu bulan.Sabitan kedua denda RM 5000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya dan lesen digantung selama 3 tahun.

LESEN MEMANDU DI MALAYSIA

Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-
i)      Lesen Memandu Pelajar (LDL)
Diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
ii)   Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percumaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

iii)   Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

iv)   Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

v)   Permit Memandu Antarabangsa (IDP) 
 Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.

Kelas

Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
• A - Kenderaan orang cacat
• B - Motosikal melebihi 500 cc 
        o B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
        o B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
• C - Motosikal roda tiga
• D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
• E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg 
        o E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
        o E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
• I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

Cara-cara Mendapat Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia
Pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (jenis kecil) tanpa apa jua masalah.

Menurut perjanjian Konvensyen Geneva (1949), kemudahan ini telah dipersetujui oleh negara-negara yang menandatanganinya.

Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke nagara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motosikal bagi merantau tempat-tempat di sana.
Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Jenis golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak polis trafik dan lain-lain semasa berada di sana.
Apa proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini? Anda hanya perlukan:

i)  Lesen domestik original Kelas B2 atau D shah (yang hidup sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih).
ii)  Kepingan fotostat (dua belah) lesen tersebut di atas.
iii)  Kad pengenalan asal dan fotostat (dua belah).
iv)  2 keping gambar passport.
v)  Mengisi Borang JPJ L1.
vi)  Bayaran RM150 setahun.
Pergi saja ke mana-mana pejabat J.P.J di seluruh negeri untuk mencapai lesen antarabangsa anda. Boleh juga anda ke pejabat A.A.M (Automobile Association Malaysia) untuk mendapatkan lesen jenis ini. Kemudian serahkan lesen domestik kepada J.P.J. Seseorang itu tidak di izin mempunyai 2 lesen pada sesuatu masa. Kalau anda tidak lagi memerlukan penggunaan lesen antarabangsa ini lagi, bolehlah anda ke pejabat J.P.J untuk dapatkan kembali lesen domestik anda. Harus diingatkan lesen antarabangsa berharga RM150 setahun di banding dengan lesen domestik yang cuma RM30 saja.

Bagaimana Memperbaharui Lesen Antarabangsa Malaysia
Syarat-syaratnya adalah:

1) Lesen itu hanya boleh diperbaharui di Malaysia sahaja.
2) Sediakan 2 keping gambar warna berukuran “passport”.
3) Bawa lesen antarabangsa Malaysia yang hampir tamat tempohnya.
4) Isi borang tertentu yang boleh di dapati di kaunter.
5) Bayaran adalah RM150 untuk setahun.

Pembayaran kompaun secara berperingkat

Kaedah-kaedah pembayaran kompaun secara berperingkat saman-saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
 
  1. Sistem pembayaran kompaun secara berperingkat dikuatkuasa mulai 18 November 2009.
  2. Pengurangan kompaun diberikan kepada semua jenis kesalahan yang boleh dikompaun bermula dari tarikh saman dikeluarkan. Saman-saman yang tidak layak mendapat pengurangan adalah seperti berikut:-

    1. melebihi 30 hari dari tarikh saman dikeluarkan
    2. saman yang telah didaftarkan untuk sebutan di mahkamah
    3. kes saman semula (setelah gagal hadir mahkamah)
    4. Jadual sistem pembayaran kompaun secara berperingkat adalah seperti berikut:-
    5.  Bil
       Saluran Bayaran Kompaun
      Tempoh masa bayaran (kiraan dari tarikh saman dikeluarkan)
       Kadar potongan
       1Pejabat / Kaunter 01 - 15 hari30 %
      16 - 30 hari  15 %
       Lebih dari 30 hari tiada
       2 e-Khidmat 01 -15 hari 30 %
       16 hingga tarikh akhir bayaran kompaun 15 %
       3 Saman semula (DNAA) tiada potongan

Sumber
Lokasi Pejabat Pendaftaran PMC-ZARIZA
Sedang mendaftarkan bakal pelajar
Sekolah Memandu Zariza 13 Stadium Darul Makmur
Membimbing pelajar Tanggungjawab kami

Terdapat lima jenis utama lesen memandu di Malaysia iaitu:-
i) Lesen Memandu Pelajar (LDL)
Diperolehi pelajar sekolah memandu. Lesen ini hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. Bagi pemegang lesen pelajar motosikal, mereka dibenarkan menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula.
ii) Lesen Memandu Percubaan (PDL)
Diperolehi pemandu baru yang lulus kesemua prosedur pelajaran dan ujian memandu. Pemandu baru tertakluk kepada sistem mata demerit 10 mata KEJARA, di mana mata ditolak mengikut jenis kesalahan trafik. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemegang lesen percubaan mengumpul 10 mata demerit. Pemandu percubaan wajib melekatkan plat lesen percumaan (ditandakan dengan huruf P besar berwarna putih di dalam latar belakang merah berbentuk segiempat sama) pada bahagian hadapan dan belakang kenderaan. Lesen percubaan akan dinaiktaraf kepada lesen kompeten penuh selepas 2 tahun, dan tempoh selang selama setahun diberikan untuk menaiktaraf lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
iii) Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Lesen memandu penuh yang dinaiktaraf daripada lesen percubaan selepas 2 tahun. Pemegang lesen CDL tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan. Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.
iv) Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori, dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
v) Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.
Kelas

Terdapat beberapa kelas lesen memandu iaitu:-
• A - Kenderaan orang cacat
• B - Motosikal melebihi 500 cc
o B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
o B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
• C - Motosikal roda tiga
• D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
• E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
o E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
o E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
• H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
• I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg

Cara-cara Mendapat Lesen Memandu Antarabangsa Malaysia Pemandu Malaysia yang melawat ke negara-negara luar umpamanya negara Thailand dan Singapura mungkin tidak sedar bahawa mereka boleh gunakan lesen memandu domestik jenis Kelas D (Kereta) dan B2 (jenis kecil) tanpa apa jua masalah.
Menurut perjanjian Konvensyen Geneva (1949), kemudahan ini telah dipersetujui oleh negara-negara yang menandatanganinya.
Selain itu, pelancong Malaysia yang melancong ke nagara asing seperti Australia, New Zealand, Amerika dan sebagainya dapat mengurangkan kos perbelanjaan sekiranya mereka dapat menyewa kereta-kereta dan motosikal bagi merantau tempat-tempat di sana.
Demikian juga bagi yang pergi ke tempat asing untuk berkhidmat buat sementara waktu. Jenis golongan ini disyorkan mendapatkan lesen memandu antarabangsa (International Driving License) supaya tidak diganggu pihak polis trafik dan lain-lain semasa berada di sana.
Apa proses dan keperluan bagi mendapatkan lesen jenis ini? Anda hanya perlukan:
i) Lesen domestik original Kelas B2 atau D shah (yang hidup sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih). ii) Kepingan fotostat (dua belah) lesen tersebut di atas. iii) Kad pengenalan asal dan fotostat (dua belah). iv) 2 keping gambar passport. v) Mengisi Borang JPJ L1. vi) Bayaran RM150 setahun.